Thursday, April 26, 2012

Kembali Menjilat.


Lebih kurang waktu begini, empat tahun lepas, aku merancang. Tiga tahun yang lepas, aku memulakan. Tak habis. Semua benda tak pernah habis. Berhenti sekejap. Fikir dalam-dalam, jujur dengan diri sendiri, aku sucks. What the fuck?.

Personal dan career, tak membanggakan lansung. Average saja tetapi bukanlah tidak gembira. Aku gembira, cuma kalau boleh nak maju lagi. Perlu maju lagi. Bulan enam tahun ini umur dah 26 tahun kut. Baru nak sedar.

Ramai seusia yang aku kenal dah berkahwin, ada anak, berkelulusan lebih tinggi, dan meneruskan aturan hidup masing-masing. Perkara itu biasa cuma bila direfleks pada diri aku, buat aku rasa depress. Suatu ketika dulu aku pernah merancang untuk kahwin pada umur 25 tahun. 2011 datang dan pergi, aku tak kahwin lagi. Bukan takda calon, cuma emaknya yang tak suka sebab aku takda agama katanya. Hal ini tidak betul. Nanti pelan-pelan aku ceritakan.

March 2009 aku mula menulis secara tak sengaja. Ketika itu aku seorang pengguna dadah yang heavy jadi penulisannya agak pelik, subscriber pun ramai. Aku delete semua itu semasa cuba untuk berubah. Separuh masa berjaga aku dihabiskan dibawah pengaruh. Dadah tak menghalang aku berfungsi, dia membantu aku berfungsi kerana bila sober, aku seorang yang sentiasa anxious.

Masa berlalu, aku cuba tak guna dadah sekerap dulu. Entry lama aku delete, cuba mula hidup baru. Ada matlamat, aku nak bekeluarga cadangnya. Hidup macam biasa. Nampak ada kemajuan tapi macam yang orang selalu kata, hidup ini sentiasa ada naik-turunya. 2009 dan 2010 berlalu laju sangat. Aku hilang sense of direction. Depression pula buat hubungan aku dengan keluarga sendiri pulak makin jarak.

2011 memang palat. Pelan-pelan aku dapat rasa aku sedang gali sebuah lubang untuk kambuskan diri aku dari orang lain. Bulan September 2011 buat aku fikir dalam-dalam tentang masa depan aku. What the fuck had i been doing all this while? Wasting time. Pissing my life away. Yang masih aku boleh banggakan adalah savings kahwin aku masih intact. Life aku belum sampai bottom tapi dah dekat.

Jadi matlamatnya kali ini adalah aku nak cerita pengalaman hidup aku. Aku depress, tapi at least aku ada lima angka dalam akaun bank yang tidak aku habiskan ikut rentak nafsu penagih kerana aku cuba bangkit dan berubah. Harapnya jika ada yang terjumpa dan baca boleh amik ikhtibar dan jadikan panduan dari kebodohan aku.

No comments:

Post a Comment